Noor Farhana Sharudin
Ana Shaa
i'm humble person :)
thanks for coming my blog :) love yaa !


Wednesday, November 7, 2012

LELAKI PERLU TAHU 25 PERKARA TENTANG HATI PEREMPUAN

1. bila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan air matanya , itu bermakna dia sedang managis di dalam hatinya.
2. bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. wanita sukar nak mencari perkara yang di benci tentang orang yang paling dia sayang.
4. sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. bila lelaki yang suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat!
6. wanita memang sukakan pujian tetapi tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. jika kamu tidak suka dengan gaids yang sukakan kamu separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia akan buat keputusan , dia akan lakukan apa saja.
8. sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika. sekiranya kamu masih ingin menaggap dia seorang kawan , cubalah tegur dia secara perlahan-lahan .
9. jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tidak berguna.
10. bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
11. sekuntum senyuman memberi seribu makna bagi perempuan, jadi jangan senyum sebarangan.
12. jika kamu menyukai seorang perempuan , cubalah mulakan dengan persahabatan . kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
13. jika seorang perempuan memberi seribu satu alasan setiap kalu kamu ajak keluar . tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.
14. tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu , teruskan usahamu untuk memikatnya.
15. jangan sesekali mengagak apa yang dirasakan , tanya dia sendiri!
16. kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat seorang gadis , cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku cinta
17. bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang di cintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.
18. satu ucapan HI saja sudah cukup menceriakan haarinya.
19. teman baiknya saja tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
20. perempuan paling benci lelaki berbaik-baik dengannya semata-mata nak tackle kawannya yang paling cantik.
21. cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
22. semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan bukan untuk melepaskan nafsu.
23. senjata perempuan adalah airmata!
24. perempuan suka jika sesekali disayanginya mengadakan suprise buatnya (hadiah, bunga, atau sekadar kad ucapan romantis). mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
25. perempuan mudah jatuh hati padan lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadap mereka.

No comments:

Post a Comment